Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Sita Rm1 6 Bilion Aset Aktiviti Haram

Published: 05 Jul 2021 3.30 AM Updated: 15 Aug 2026 6.31 PM
Petaling Jaya, 5 Julai 2021 - Aktiviti pengubahan wang haram dengan aset yang disita bernilai RM1.68 bilion dalam tempoh lima tahun ini menunjukkan keseriusan jenayah berkenaan di negara ini selain dikhuatiri masih banyak lagi aset-aset daripada aktiviti sama belum dapat dikesan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-sita-rm1-6-bilion-aset-aktiviti-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:01 MYT
Petaling Jaya, 5 Julai 2021 - Aktiviti pengubahan wang haram dengan aset yang disita bernilai RM1.68 bilion dalam tempoh lima tahun ini menunjukkan keseriusan jenayah berkenaan di negara ini selain dikhuatiri masih banyak lagi aset-aset daripada aktiviti sama belum dapat dikesan.

Ini kerana wang haram dalam jumlah banyak tersebut mampu memberikan kuasa ekonomi kepada penjenayah untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam sosial dan perniagaan dengan membeli saham dan hartanah dalam syarikat-syarikat sah.

Melihat senario memudaratkan negara, Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman, bergerak lebih agresif dengan menyita kira-kira RM1.6 bilion aset milik individu serta syarikat yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah sejak 2017 hingga Mei lalu.

Dalam tempoh sama, menurut beliau, sebanyak 122,811,144 unit saham lagi dibekukan manakala 72,344,185 unit saham disita sepanjang proses siasatan.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah JSJK, Bukit Aman, CP Dato’ Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, jumlah pembekuan dan penyitaan itu melibatkan pelbagai aset termasuk wang tunai, akaun bank, kenderaan, barang kemas dan hartanah.

Katanya, dalam tempoh itu, sebanyak 629 kertas siasatan dibuka iaitu 110 kes (2017), 127 kes (2018), 136 kes (2019), 164 kes (2020) dan 90 kes pada Januari hingga Mei lalu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia

May be an image of text that says 'Polis sita RM1.6b aset aktiviti haram Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM dan MASZUREEN HADZMAN pengarang@mediamulla.com.my la

May be an image of text
ArticlePublished 05 Jul 2021 3.30 AMUpdated 15 Aug 2026 6.31 PM