
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Gerak Kerja Dalam Organisasi Cemerlang Berpasukan
Kajian menunjukkan masalah rumit paling berkesan diselesaikan secara berpasukan membabitkan tiga, empat atau lima orang, berbanding dengan orang yang menangani...
Kajian menunjukkan masalah rumit paling berkesan diselesaikan secara berpasukan membabitkan tiga, empat atau lima orang, berbanding dengan orang yang menangani masalah sama secara bersendirian.
Bahkan, individu berprestasi tinggi tidak mampu menandingi mereka yang bekerja dalam kumpulan. Sesebuah organisasi semestinya mempunyai pekerja dengan pelbagai jenis bakat masing-masing.
Keupayaan kreativiti individu sering membawa kepada hasil terbaik jika disatukan bersama. Apabila setiap kemahiran itu digabung dalam sesi ‘brain storming’, pasukan itu dapat menjana kreativiti bersama dan meningkatkan lagi peluang mendapatkan penyelesaian atau hasil terbaik.
Ikuti kupasan topik gerak kerja dalam organisasi cemerlang berpasukan oleh Ketua Polis Balai Nusa Bestari, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor, ASP Dr. Mohd Roslan Mohd Tahir.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.