
Article
Keratan Akhbar Pilihan Polis Siasat Pertubuhan Pakai Seragam Mirip Istiadat Tentera
Shah Alam, 5 Januari 2025 - Polis Selangor membuka satu kertas siasatan terhadap kes tular membabitkan sebuah pertubuhan yang memakai pakaian mirip istiadat ke...
Shah Alam, 5 Januari 2025 - Polis Selangor membuka satu kertas siasatan terhadap kes tular membabitkan sebuah pertubuhan yang memakai pakaian mirip istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, berkata pihaknya mengesan video tular berkenaan di aplikasi media sosial kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin.
“Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan; Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM),” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.