
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Pga Sabah Rampas Barang Seludup Rm22 3 Juta Tahun Lalu
Kota Kinabalu, 5 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas barangan seludup bernilai RM22.3 juta sepanjang tempoh tahun lalu melalu...
Kota Kinabalu, 5 Januari 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas barangan seludup bernilai RM22.3 juta sepanjang tempoh tahun lalu melalui 202 serbuan.
Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias, berkata dalam tempoh sama, pihaknya juga berjaya menahan 413 individu iaitu 380 lelaki dan 33 wanita.
“Satu daripada kejayaan terbesar pada 4 Disember, iaitu Task Force Risik IP Briged Sabah PGA menjalankan serbuan di kawasan KKIP (Tanian Perindustrian Kota Kinabalu) Sepanggar dan menahan dua lelaki warga tempatan.
“Rampasan itu membabitkan 6,988 kotak ayam sejuk beku, 472 kotak sotong sejuk beku, 140 kotak ikan sejuk beku serta satu kontena sejuk beku dan sebuah van, dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1.6 juta.
“Selain itu, pada 19 September, serbuan oleh Task Force Risik Batalion 14 PGA Tawau di Kampung Beruang Merotai-Tawau berjaya merampas 112,600 kilogram CPO bersama tiga lori tangki bernilai RM1.3 juta,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
