
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Tidak Beri Kebenaran Umno Anjur Perhimpunan Tiada Permohonan Daripada Lain Lain Pihak Untuk Berhimpun
Kuala Lumpur, 5 Januari 2025 - Polis tidak memberikan kebenaran untuk Himpunan Solidariti Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak berkait isu Titah Adendum di...
Kuala Lumpur, 5 Januari 2025 - Polis tidak memberikan kebenaran untuk Himpunan Solidariti Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak berkait isu Titah Adendum di Istana Kehakiman, Putrajaya, yang dirancang diadakan esok.
“Kita terima permohonan daripada pihak UMNO, namun selepas disemak, didapati permohonan tidak lengkap dan polis menolak kebenaran untuk himpunan itu.
“Pemakluman penolakan permohonan disampaikan kepada pihak penganjur pada 3 Januari 2025 (kelmarin),” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.
Beliau berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak lain berhubung penganjuran himpunan berkenaan.
Kawalan keselamatan Bagaimanapun, katanya, seramai 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan membuat kawalan keselamatan di Istana Kehakiman dan kawasan sekitarnya, esok.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
