Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Negeri Sembilan Kesan Lima Marshal Berlagak Polis Trafik

Published: 10 Nov 2022 4.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 10 November 2022 - Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring atau 'marshal' konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti politik di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-negeri-sembilan-kesan-lima-marshal-berlagak-polis-trafik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:02 MYT
Seremban, 10 November 2022 - Polis sedang mengesan lima individu yang bertindak sebagai pengiring atau 'marshal' konvoi motosikal yang memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada lapan kenderaan sebuah parti politik di lampu isyarat Taman Desa Dahlia, Senawang di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Ahmad Dzaffir Yusoff berkata, rakaman video yang tular itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang membawa bendera parti politik yang sama dan menghalang laluan di lokasi berkenaan kelmarin.

"Pada jam 6.47 petang Isnin lalu, tular satu rakaman berdurasi 33 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain yang melalui jalan itu," katanya.


No photo description available.

ArticlePublished 10 Nov 2022 4.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM