
Keratan Akhbar Pilihan Polis Johor Dan Selangor Bekerjasama Kesan Ahli Ltte Disyaki Ancam Kp Johor
Johor Bahru, 21 Disember 2020 - Polis Johor akan bekerjasama dengan polis Selangor untuk siasatan terperinci bagi mengenal pasti tiga individu dikatakan anggota kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), yang didakwa mahu membunuh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.
Ugutan itu diterima Dato’ Ayob Khan dua minggu lalu menerusi panggilan telefon kepada pegawainya, memaklumkan ada tiga anggota LTTE dari Selangor akan ke Johor untuk membunuh ketua polis berkenaan.
Ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sijil Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, kelmarin, Dato’ Ayob Khan berkata, pemanggil itu turut memperincikan maklumat tiga anggota LTTE terbabit, termasuk alamat rumah mereka.
"Kita sedang buat siasatan, kita juga meminta bantuan polis Selangor berhubung isu ugutan bunuh ini.
"Ugutan bunuh bukan baharu bagi saya, tetapi saya tidak akan ambil ringan jika ia ditujukan kepada saya secara peribadi atau pegawai saya.
"Kita akan jalankan siasatan terperinci untuk kenal pasti suspek,” katanya sambil menambah, motif ugutan berkenaan tidak dapat dipastikan setakat ini.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
Sumber: