Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Komited Pertingkat Teknologi Pengawasan Esscom

Diterbitkan: 22 Dec 2020 2.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Kerajaan akan terus meningkatkan teknologi pengawasan elektronik sejajar dengan kemampuan kewangan negara dalam usaha mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina ke Sabah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-komited-pertingkat-teknologi-pengawasan-esscom
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:36 MYT
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Kerajaan akan terus meningkatkan teknologi pengawasan elektronik sejajar dengan kemampuan kewangan negara dalam usaha mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina ke Sabah.

Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan juga komited mengoptimumkan jaringan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan mempertingkatkan lagi kemampuan pasukan keselamatan khususnya jumlah keanggotaan serta kelengkapan canggih dan terkini.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran dihadapi ESSCOM dalam mengawal kemasukan warga asing, antaranya kedudukan geografi pantai timur Sabah berhampiran dengan sempadan negara jiran yang membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan.

"Kawasan pesisir pantai timur Sabah yang bermula dari Kudat hingga Tawau sepanjang 2,344.6 kilometer merupakan kawasan yang amat panjang", katanya di persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.


Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2020 2.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM