Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Cari Lelaki Tunggang Motosikal Guna Kaki

Published: 14 Sep 2020 1.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 September 2020 - Polis mencari seorang lelaki yang bertindak mengawal pemegang motosikal ditungganginya dengan menggunakan kaki dalam kejadian di Jalan Kuching di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-cari-lelaki-tunggang-motosikal-guna-kaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:54 MYT

Kuala Lumpur, 14 September 2020 - Polis mencari seorang lelaki yang bertindak mengawal pemegang motosikal ditungganginya dengan menggunakan kaki dalam kejadian di Jalan Kuching di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Tuan Zulkefly Yahya berkata, semakan mendapati motosikal terbabit didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 61 tahun.

Beliau berkata, berdasarkan alamat didaftarkan, anggota polis sudah pergi ke rumah terbabit dan mendapati motosikal itu digunakan oleh anak lelaki kepada warga emas berkenaan ketika kejadian.

Sehubungan itu, Tuan Zulkefly memberitahu, pihaknya mencari lelaki berkenaan dikenali sebagai M.Thiruvarasu, 36, beralamat di Selayang Baru di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: motorcycle and text
ArticlePublished 14 Sep 2020 1.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM