Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Redah Laut Untuk Seludup Ke Negara Ini

Diterbitkan: 14 Sep 2020 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sabak Bernam, 14 September 2020 – Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup membahayakan diri dengan meredah air laut sejauh 300 meter semata-mata mahu memasuki negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-redah-laut-untuk-seludup-ke-negara-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:14 MYT

Sabak Bernam, 14 September 2020 – Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup membahayakan diri dengan meredah air laut sejauh 300 meter semata-mata mahu memasuki negara ini.

Walau bagaimanapun, tindakan 20 PATI itu hanya sia-sia apabila mereka ditahan di Sungai Nipah, Haji Dorani, Sungai Besar di sini semalam.

Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 41 tahun itu ditahan oleh anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih kira-kira pukul 12.30 pagi.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, kesemua PATI warga Indonesia itu dibawa oleh sindiket ke negara ini melalui jalan laut.

Kesemua PATI kemudiannya disaring ujian COVID-19 dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Redah Laut Untuk Seludup Ke Negara Ini
ArtikelDiterbitkan 14 Sep 2020 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM