Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Berjaya Tumpaskan 128 Sindiket Judi

Published: 02 Jan 2021 2.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan 128 sindiket perjudian dari Januari sehingga 27 Disember 2020.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-berjaya-tumpaskan-128-sindiket-judi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:13 MYT

Kuala Lumpur, 2 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan 128 sindiket perjudian dari Januari sehingga 27 Disember 2020.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, daripada jumlah itu seramai 491 orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan enam orang diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).

"Selain itu, 52 premis telah dibatal lesen perniagaan kerana menjalankan perjudian tanpa lesen dan 1,972 premis dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik.
"Kita juga telah membuat permohonan pemotongan bekalan elektrik ke atas 2,566 premis serta 58 permohonan sekatan laman web perjudian," katanya.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, tindakan itu adalah hasil kejayaan 6,253 serbuan Op JOL (judi online) yang dilakukan pegawai dan anggotanya di seluruh negara.

Katanya, pihaknya turut merampas sebanyak 12,460 mesin perjudian membabitkan telefon bimbit, komputer riba dan tablet selain wang tunai bernilai RM1.68 juta.

"Siasatan juga mendapati modus operandi sindiket perjudian online kini berbeza kerana menggunakan tambah nilai yang mana boleh menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber:
ArticlePublished 02 Jan 2021 2.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM