Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Hina Lagu Indonesia Raya Polri Tangkap Suspek Di Jawa Barat

Diterbitkan: 02 Jan 2021 3.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Jakarta, 2 Januari 2021 - Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-video-tular-hina-lagu-indonesia-raya-polri-tangkap-suspek-di-jawa-barat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:27 MYT

Jakarta, 2 Januari 2021 - Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) menahan seorang pelajar warganegara itu, yang dipercayai terbabit dalam pembikinan video lagu Indonesia Raya, yang diubah suai liriknya dan menghina negara berkenaan.

Ketua Agensi Siasatan Jenayah, POLRI, Listyo Sigit Prabowo, seperti dipetik media tempatan menyatakan, suspek ditahan pada jam 8 malam kelmarin di sebuah rumah, di Cianjur, Jawa Barat.

"Polis menahan suspek lelaki, berinitial 4MDF' dan menyita satu telefon bimbit, satu kad SIM dan set komputer" katanya.

Setakat ini polis belum mendedahkan identiti lengkap suspek berkenaan.
Penahanan suspek terbabit adalah hasil kerjasama siasatan kes membabitkan POLRI dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.


Image may contain: one or more people, text that says 'ndopesia Suspek ubah lagu Indonesia Raya kena tahan Polis Indonesia kad SIM ruang komen di laman nah
ArtikelDiterbitkan 02 Jan 2021 3.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM