Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Poca Kekang Aktiviti Pelacuran Fasa Endemik

Published: 11 Apr 2022 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 11 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1957 (POCA) terhadap pengusaha premis hiburan dan pelacuran yang masih berdegil beroperasi ketika fasa endemik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-poca-kekang-aktiviti-pelacuran-fasa-endemik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:35 MYT
Petaling Jaya, 11 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1957 (POCA) terhadap pengusaha premis hiburan dan pelacuran yang masih berdegil beroperasi ketika fasa endemik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mohamad Noor Yusof Ali berkata, pihaknya mengingatkan pemilik premis di seluruh negara agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Katanya, tindakan membuka premis secara curi-curi perlu dihentikan segera.
"Bagi premis yang masih beroperasi walaupun telah beberapa kali serbuan dibuat, kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan sama ada membatalkan lesen perniagaan atau merobohkan premis yang diubah suai.
"Bagaimanapun, sekiranya masih terdapat lagi pengusaha yang berdegil, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas kumpulan sindiket ini menggunakan POCA," katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 11 Apr 2022 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM