
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Superman Berjubah
Kuala Lumpur, 11 April 2022 - Seorang imam Tarawih di sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang antara lapan individu ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan,...
Kuala Lumpur, 11 April 2022 - Seorang imam Tarawih di sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang antara lapan individu ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 20 tahun itu melakukan aksi berbahaya sambil menunggang 'Y suku' dengan memakai jubah.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi dijalankan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).
Menurutnya, dalam operasi itu seramai lapan penunggang motosikal berusia 14 hingga 24 tahun ditahan selepas dikesan menunggang secara berbahaya termasuk imam Tarawih berkenaan.
Katanya, semua suspek ditahan sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur oleh anggota operasi yang menjalankan risikan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.