Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pihak Berkuasa Gempur Kampung Rohingya Di Sikamat

Diterbitkan: 02 Mar 2024 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Difahamkan, terdapat tiga generasi etnik Rohingya yang menetap di kawasan itu, sekali gus kebanjiran mereka membuatkan penduduk tempatan keresahan terutama membabitkan keselamatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pihak-berkuasa-gempur-kampung-rohingya-di-sikamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Seremban, 2 Mac 2024 - Taman Jujur, dekat Sikamat di sini yang mendapat jolokan Kampung Rohingya atau Kampung Burma digempur pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, terdapat tiga generasi etnik Rohingya yang menetap di kawasan itu, sekali gus kebanjiran mereka membuatkan penduduk tempatan keresahan terutama membabitkan keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Dato’ Abd Khalid Othman berkata, operasi yang bermula jam 10 malam itu menyaksikan 340 warga asing diperiksa di kawasan taman perumahan berkenaan.

“Mereka diperiksa terdiri daripada 335 etnik Rohingya, tiga warga Indonesia dan dua warga Bangladesh.

“Hasil pemeriksaan mendapati, 24 etnik Rohingya membabitkan 15 lelaki, enam wanita dan tiga kanak-kanak tiada dokumen pengenalan diri manakala baki mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” katanya.

Tambah beliau, turut ditahan tiga lelaki warga Indonesia dan dua lelaki Bangladesh kerana dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(C) iaitu tinggal lebih masa.

“Tangkapan dibawa ke Pejabat Unit Tindakan Imigresen, Senawang untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Depo Tahanan Imigresen Lenggeng.

“Operasi bersepadu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS),” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2024 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM