
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipk Perlis
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Poli...
Kangar, 1 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, pagi tadi.
Lawatan kerja tersebut adalah bersempena Perasmian Majlis Penutup Bengkel Pecambahan Minda AMANITA Se-Malaysia 2024 yang berlangsung selama tiga hari di kontinjen tersebut.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman, SAC Alina Saad, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, ACP Wari Kiew.