Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tumpas Sindiket Seludup Diesel Subsidi

Diterbitkan: 06 Apr 2022 2.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya merampas dua lori digunakan suspek selain bahan bakar berkenaan dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM300,300.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tumpas-sindiket-seludup-diesel-subsidi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:01 MYT
Kluang, 6 April 2022 - Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar Johor Bahru susulan penahanan lima suspek termasuk dua warga asing kelmarin.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya merampas dua lori digunakan suspek selain bahan bakar berkenaan dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM300,300.

"Kelmarin kira-kira jam 2 petang sepasukan pegawai dan anggota polis dari Batalion 5 PGA menahan tiga warga tempatan dan dua warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 34 hingga 42 tahun di sebuah premis beralamat di Jalan No 11, Jalan Perak, Taman Wawasan, Kulai.

"Pihak polis membuat rampasan iaitu dua lori jenis Hicom dan Isuzu, lima tong minyak kosong berkapasiti 1,000 liter, tong besi yang diubahsuai berkapasiti 4,000 liter yang berisi anggaran 1,000 liter diesel, lima unit pam minyak diesel berserta hos.

"Turut dirampas tiga tong minyak 1,000 liter berisi anggaran lebih kurang 1,000 liter setiap tong, sebuah tangki besi berkapasiti 20,000 liter berisi kira-kira 16,000 liter minyak diesel bersubsidi selain sebuah tangki besi penuh berisi kira-kira 20,000 liter minyak bersubsidi," katanya ketika dihubungi, semalam.

“Kami menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin di jalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik / Gerakan Batalion 5 PGA," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2022 2.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM