Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Celik Teknologi Elak Jadi Mangsa Jenayah Siber

Diterbitkan: 06 Apr 2022 3.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Walaupun Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik, permintaan terhadap urusan dan aktiviti dalam talian seperti perkhidmatan perniagaan, pembelajaran dan hiburan dijangka terus kekal serta meningkat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-celik-teknologi-elak-jadi-mangsa-jenayah-siber
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:55 MYT
Pandemik COVID-19 melanda negara dan dunia meninggalkan pelbagai impak dan kesan ketara dalam kehidupan masyarakat. la bukan saja merubah landskap keselamatan dan kesihatan, ia turut mempengaruhi corak dan aktiviti ekonomi di Malaysia.

Walaupun Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik, permintaan terhadap urusan dan aktiviti dalam talian seperti perkhidmatan perniagaan, pembelajaran dan hiburan dijangka terus kekal serta meningkat.

Walaupun mendapat faedah daripada penggunaan teknologi, impak negatifnya tetap ada. Risiko seperti kes scam, pencerobohan data peribadi serta penipuan dalam dilihat sangat berleluasa. Kes buli dalam talian juga semakin hangat diperkatakan.

Ini dapat dilihat daripada perangkaan dikeluarkan oleh internet “survey” yang mana kes penipuan dalam negara juga meningkat. Jika dilihat trend jenayah siber ketika ini, adalah kesan masalah kewangan dan kurang ilmu pengetahuan terhadap penggunaan teknologi.

Justeru, pengguna perlu sedar dan berhati-hati ketika menggunakan platform digital. Data peribadi di aplikasi perlu diletakkan kata laluan. Pengguna juga dinasihatkan tidak membuka e-mel spam dan sentiasa berjaga-jaga tanda penipuan dalam talian.

Pendekatan secara menyeluruh amat diperlukan bagi mengatasi jenayah siber bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa. Kenal pasti risiko jenayah siber untuk mengelak terjerat perangkap pelaku.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

May be an image of text that says 'Pensyarah Fakulti Pengurusan Celik teknologi elak jadi mangsa jenayah siber Khairunnisa' Pandemik COVID- melanda da
ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2022 3.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM