Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Tahan Dua Lelaki Bersama Rokok Elektronik Tanpa Dokumen Sah Bernilai Lebih Rm900 000

Published: 10 Aug 2025 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA TAHAN DUA LELAKI BERSAMA ROKOK ELEKTRONIK TANPA DOKUMEN SAH BERNILAI LEBIH RM900,000
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-tahan-dua-lelaki-bersama-rokok-elektronik-tanpa-dokumen-sah-bernilai-lebih-rm900-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:14 MYT
Padang Besar, 10 Ogos 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan mengedar rokok elektronik apabila menahan dua lelaki dan merampas 2,400 karton produk bernilai lebih RM900,000 dalam satu serbuan, kelmarin.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, sepasukan anggota Kompeni A Batalion 2 PGA Kulim menahan sebuah van di sekatan jalan raya di Kilometer 27 Padang Besar, di sini, sempena Op Taring Wawasan Kedah/Perlis.

Komander PGA Briged Utara, SAC Shahrum Hashim berkata, pemeriksaan terhadap van itu menemui lapan kotak rokok elektronik tanpa dokumen sah dipercayai mahu dihantar ke sebuah rumah di Taman Kim di sini.

“Berdasarkan maklumat, kita menyerbu rumah yang dijadikan stor penyimpanan pada jam 1.30 tengah hari dan menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai penyewa.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 28 kotak rokok elektronik yang tidak mempunyai dokumen sah. Keseluruhan rampasan berjumlah 2,400 karton dianggarkan bernilai RM916,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 10 Aug 2025 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM