Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rekod Rampasan Hampir Rm17 Juta

Published: 02 Jun 2022 3.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Jun 2022 - Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai hampir RM17 juta melalui Op Wawasan Kedah-Perlis, Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah bermula Januari sehingga 31 Mei tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rekod-rampasan-hampir-rm17-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT
Kuala Lumpur, 2 Jun 2022 - Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai hampir RM17 juta melalui Op Wawasan Kedah-Perlis, Op Kontraban dan Op Bersepadu Khazanah bermula Januari sehingga 31 Mei tahun ini.

Komander Briged Utara PGA, SAC Nordin Manan berkata, nilai rampasan terbabit termasuk rampasan 86 buah kenderaan pelbagai jenis.

Katanya, sepanjang tempoh lima bulan itu juga, Briged Utara berjaya merekodkan 93 kes di bawah Akta Racun 1952 yang melibatkan tangkapan 12 individu iaitu 10 lelaki warganegara Malaysia dan dua lelaki Thailand.

"Dalam kes ini PGA berjaya merampas daun ketum seberat 34,158 kilogram bersama 50 kenderaan pelbagai jenis.

"Nilai keseluruhan rampasan adalah lebih RM2 juta dan berdasarkan pemerhatian kita mereka masih menggunakan modus operandi yang sama seperti sebelum-sebelum ini," katanya ketika sidang media di Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArticlePublished 02 Jun 2022 3.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM