Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm1 Juta

Published: 28 May 2022 3.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Terengganu, 28 Mei 2022 - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 7,146 karton rokok seludup bernilai lebih RM1 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang pada Khamis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-rokok-seludup-bernilai-lebih-rm1-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT
Kuala Terengganu, 28 Mei 2022 - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 7,146 karton rokok seludup bernilai lebih RM1 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Tapai, Marang pada Khamis.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato’ Hasan Basri Ahmad Safar berkata, dalam Op Kontraban Pantai Timur pada jam 3 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut.

"Ketika serbuan, lelaki warga tempatan yang tidak mempunyai rekod lampau itu sedang memunggah beberapa kotak besar disyaki rokok tidak bercukai di dalam bonet dan tempat duduk belakang sebuah kereta di pekarangan rumah tersebut.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta dan rumah, kita berjaya menemui kotak-kotak yang di dalamnya mengandungi 1,429,200 batang pelbagai jenis rokok berharga RM114,336 dan nilai cukai sebanyak RM975,564.

"Nilai keseluruhan rampasan ini adalah sebanyak RM1,092,900 melibatkan rokok putih, kereta dan telefon bimbit," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArticlePublished 28 May 2022 3.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM