Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Taktik Macau Scam Perangkap Mangsa

Diterbitkan: 28 May 2022 1.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ikuti kupasan lanjut oleh Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Victor berkenaan taktik ‘Macau Scam’ melalui kaedah menakutkan mangsa dengan meletakkan diri mangsa dalam keadaan bersalah di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-taktik-macau-scam-perangkap-mangsa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:22 MYT
Shah Alam, 28 Mei 2022 - Menakutkan mangsa serta meletakkan mangsa sebagai individu bersalah dan melanggar undang-undang antara taktik yang sering kali digunakan oleh anggota sindiket ‘Macau Scam’ dalam memerangkap mangsa.
Mendedahkan kepada Sinar Harian, Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Victor Sanjos berkata, seseorang mangsa itu akan diletakkan sebagai individu yang melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

"Kaedah psikologi digunakan sindiket sekaligus menjadikan mangsa tidak mempunyai ruang untuk mempersoalkan tuduhan diberikan, malah suasana menerusi panggilan yang mana seolah-olah dalam pejabat meyakinkan mangsa bahawa individu yang bercakap itu memang benar seorang pegawai kerajaan.
"Selain itu, sindiket turut menakutkan mangsa dengan membacakan peruntukan undang-undang sedia ada dan adakalanya mangsa akan ditakutkan dengan hukuman penjara dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Ikuti kupasan lanjut oleh Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Victor berkenaan taktik ‘Macau Scam’ melalui kaedah menakutkan mangsa dengan meletakkan diri mangsa dalam keadaan bersalah di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 28 May 2022 1.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM