
Article
Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Rokok Haram Rm3 2 Juta Dalam Gudang
Lahad Datu, 14 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas rokok dipercayai diseludup bernilai lebih RM3.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang...
Lahad Datu, 14 Julai 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah merampas rokok dipercayai diseludup bernilai lebih RM3.2 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Batu 3 1/2, Jalan Segama Lama, di sini, kelmarin.
Dalam serbuan Op Kontraban kira-kira jam 10 malam itu, semua rokok jenis kretek dan putih berkenaan didapati disembunyikan di dalam gudang yang berkunci dan berpagar.
Komander Briged Sabah PGA, SAC Tuan Mohd Abduh Ismail berkata, operasi dijalankan hasil kerjasama Batalion (BN) 17 PGA Lahad Datu dan BN 14 PGA Tawau.
Katanya, ketika diserbu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 56 tahun yang dipercayai penjaga gudang berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.
"Sebaik berjaya masuk ke dalam gudang berkenaan, pasukan serbuan menemui 2.36 juta batang rokok putih dan 1.7 juta batang rokok jenis kretek.
"Rokok ini dipercayai dibawa masuk tanpa kelulusan dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)," katanya ketika dihubungi, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.