Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Pantau Stesen Minyak Sempadan Kelantan Bendung Seludup Petrol

Published: 11 Mar 2026 6.04 AM Updated: 15 Aug 2026 6.33 PM
Kota Bharu, 11 Mac 2026 - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) akan melakukan rondaan berkala di semua stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi membendung penyeludupan petrol yang dijangka meningkat susulan krisis di Asia Barat ketika ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-pantau-stesen-minyak-sempadan-kelantan-bendung-seludup-petrol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Kota Bharu, 11 Mac 2026 - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) akan melakukan rondaan berkala di semua stesen minyak di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi membendung penyeludupan petrol yang dijangka meningkat susulan krisis di Asia Barat ketika ini.

Komandernya, SAC Ahmad Radzi Hussin berkata, penugasan itu dilakukan oleh anggota berpakaian preman sekali gus mengelak kehadiran anggota PGA diketahui pihak sindiket.
Katanya, ia betujuan memastikan stesen-stesen minyak itu tidak menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing tanpa kawalan termasuk penyeludup.

"Kita akui ada warga tempatan yang terlibat dengan penyeludupan dengan mengubah tangki asal pada kenderaan termasuk van dan lori.

"Kami PGA tidak menolak kemungkinan penyeludupan bahan bakar akan meningkat susulan krisis di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat-Israel dengan Iran", katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 11 Mar 2026 6.04 AMUpdated 15 Aug 2026 6.33 PM