
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Terengganu
Terengganu, 11 Mac 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinje...
Terengganu, 11 Mac 2026 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau keperluan logistik, pembangunan dan infrastruktur IPK berkenaan bagi memastikan kemudahan yang disediakan mampu meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepolisan.
Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Mohd Khairi Khairudin bersama timbalannya, SAC Suffian Sulaiman dan barisan pegawai kanan polis.
Sumber: Polis Terengganu