Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Kesan 13 Hotspot Pendaratan Pati

Published: 05 Jun 2022 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 5 Jun 2022 - Siasatan membabitkan kes penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dilakukan dengan terperinci bagi mengesan individu yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-kesan-13-hotspot-pendaratan-pati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:30 MYT
Shah Alam, 5 Jun 2022 - Siasatan membabitkan kes penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dilakukan dengan terperinci bagi mengesan individu yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan itu.
Tegas Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed, individu yang terlibat dan bersekongkol dengan sindiket diingatkan supaya berhenti daripada melakukan perbuatan sedemikian kerana hukuman yang menanti adalah berat termasuklah tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Menurutnya, Mac lalu, Batalion 4 PGA menahan seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun yang pertama kali cuba menjadi tali barut sindiket dengan menerima upah RM50 bagi setiap PATI yang dihantar.
"Berdasarkan kes tangkapan PATI juga mendapati ada pembabitan warga tempatan yang berperanan sebagai pemandu "e-hailing" untuk mengambil pendatang yang baru tiba untuk dihantar ke lokasi tertentu seperti rumah penampungan (rumah sementara).
"Hasil risikan kita juga berjaya menggempur sebuah premis di Kawasan Perindustrian Kundang, Kundang Jaya pada Mei lalu yang dipercayai dijadikan sebagai rumah penampungan dan berjaya menahan 27 PATI warga Indonesia," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArticlePublished 05 Jun 2022 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM