Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan L Etape Malaysia Lans Koperal Sokongan Muhammad Elmi Muncul Pemenang Sulung

Diterbitkan: 05 Jun 2022 6.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Tinggi, 5 Jun 2022 - Anggota polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman muncul pemenang sulung bagi jersi kuning setelah bergelar juara keseluruhan L'Etape Malaysia oleh Tour de France yang diadakan di Desaru Coast semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-l-etape-malaysia-lans-koperal-sokongan-muhammad-elmi-muncul-pemenang-sulung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:31 MYT
Kota Tinggi, 5 Jun 2022 - Anggota polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman muncul pemenang sulung bagi jersi kuning setelah bergelar juara keseluruhan L'Etape Malaysia oleh Tour de France yang diadakan di Desaru Coast semalam.

Lans Koperal Sokongan Muhammad Elmi Jumari, 32, dari Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pelumba bagi pasukan Orbit Cycle United mencatat masa 3 jam 11 minit dalam perlumbaan bagi kategori individu lelaki sejauh 140 kilometer.
Kemenangan yang ditentukan melalui catatan masa terpantas itu menyaksikan Muhammad Elmi berjaya mengatasi David Cheam Dow Wei dan Hishamudin Aalaudin yang berbeza dua minit di belakang.

Beliau ketika ditemui berkata, strateginya bersama rakan sepasukan bermula dari belakang membuahkan hasil apabila berjaya mengekalkan tempo kayuhan sehingga ke garisan penamat.

"Pada mulanya, kami menyasarkan rakan sepasukan Iain untuk memenangi kategori lelaki, namun catatan masa akhirnya berpihak kepada saya apabila dianugerahkan jersi kuning pada perlumbaan L'Etape yang pertama kali diadakan di Malaysia.

"Apa-apa pun saya mahu berterima kasih kepada majikan saya iaitu PDRM kerana memberi pelepasan untuk menjalani latihan penuh bersama rakan sepasukan lain sejak selepas Hari Raya Aidilfitri lalu," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

 
ArtikelDiterbitkan 05 Jun 2022 6.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM