Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pga Cuba Pergiat Penugasan Sepanjang Masa Dengan Kawalan Secara Statik

Published: 14 Nov 2025 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tumpat, 14 November 2025 - Masih berlaku cubaan merentas sempadan Malaysia-Thailand oleh kumpulan penyeludup terutama sekitar dua pangkalan haram di Rantau Panjang di sini, yang sudah dirobohkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pga-cuba-pergiat-penugasan-sepanjang-masa-dengan-kawalan-secara-statik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:25 MYT
Tumpat, 14 November 2025 - Masih berlaku cubaan merentas sempadan Malaysia-Thailand oleh kumpulan penyeludup terutama sekitar dua pangkalan haram di Rantau Panjang di sini, yang sudah dirobohkan.

Pemangku Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), ACP Ijid Landu Binju berkata, meskipun dua pangkalan haram ‘MCA' dan ‘Gergaji' sudah diroboh pada 28 Oktober lalu, pihaknya mengesan masih wujud anasir jenayah rentas sempadan.

Susulan itu, penugasan terus dijalankan PGA malah dipergiatkan sepanjang masa dengan kawalan secara statik.

“Kita kesan masih ada anasir yang menjalankan aktiviti (penyeludupan) di kawasan jeti haram Gergaji dan MCA walau sudah dirobohkan.

“Kami sudah buat kawalan secara statik kerana merasakan penugasan rondaan sahaja tidak memadai. la seperti kucing dan tikus, jadi penugasan mesti 24 jam.

“Taktik kita juga perlu lebih bijak daripada mereka (penyeludup),” katanya ketika sidang media di Markas Tektikal Pengkalan Kubor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎Cubaan rentas sempadan di jeti haram masih berlaku PGA pergiat penugasan sepanjang masa dengan kawalan secara stat
ArticlePublished 14 Nov 2025 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM