Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Merajuk Ikut Kawan Antara Punca Kes Orang Hilang

Diterbitkan: 14 Nov 2025 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 14 November 2025 - Lari dari rumah kerana merajuk dengan keluarga dan mengikut kawan dikenal pasti antara punca kes orang hilang di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-merajuk-ikut-kawan-antara-punca-kes-orang-hilang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:13 MYT
Kuala Lumpur, 14 November 2025 - Lari dari rumah kerana merajuk dengan keluarga dan mengikut kawan dikenal pasti antara punca kes orang hilang di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kes itu terkandung dalam kategori orang hilang tidak kira ditemui masih hidup atau mati.

Beliau berkata, alasan sedemikian menjadi penyumbang 90 peratus kes orang hilang yang ditemui semula seperti statistik direkodkan Polis Diraja Malaysia.

"Secara statistiknya, bagi setiap kehilangan 10 peratus orang hilang, sembilan daripadanya ditemui dan (baki) satu itu tidak ditemui.

"Bila saya sebut bagi setiap 10 laporan orang hilang, sembilan ditemui itu sebenarnya pelbagai (sebab). Pertama dia lari dari rumah, dia merajuk dengan keluarga dan dia ikut kawan. Itu (terkandung dalam) kategori itulah.

“Dalam sembilan ditemui, ada ditemui hidup, ada ditemui mati pun ada tapi ini kategori ditemui. Satu yang tidak dijumpai mewakili 10 peratus, saya katakan termasuk kes ini,” kata pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Keratan Akhbar Pilihan Merajuk Ikut Kawan Antara Punca Kes Orang Hilang
ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2025 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM