Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Petinju Kuda Merah Pdrm Buru Kejuaraan

Published: 25 Nov 2023 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertaruhkan empat petinju untuk memburu gelaran pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur selama dua hari bermula Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-petinju-kuda-merah-pdrm-buru-kejuaraan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:24 MYT
Kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertaruhkan empat petinju untuk memburu gelaran pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur selama dua hari bermula Sabtu.

Jurulatihnya, Lans Koperal Mohamad Ridhwan Mat Zain berkata, tiga daripada mereka merupakan petinju berpengalaman termasuk Koperal Mohd Rafi Abdul Manaf atau Mat Ropi yang sudah membuat penampilan lebih 320 kali.

Menurutnya, dua lagi petinju ialah Koperal Mohd Amirul Ariffin atau Ban Mero dan Koperal Mohd Shalihem Mohamad atau Lihem Apollo serta atlet pelapis, Konstabel Nizam Maarof Jeoffery.

“Kami membuat persediaan rapi sejak tiga bulan lalu. Petinju-petinju sudah bersedia daripada aspek fizikal dan mental untuk berdepan lawan nanti.

“Mereka juga sudah tidak sabar untuk beraksi dan bertekad memberikan yang terbaik bagi memburu gelaran pada kejohanan tersebut,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Bagi pihak seluruh warga PDRM, kami mengucapkan selamat berjuang buat kesemua atlet Muay Thai PDRM!

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 25 Nov 2023 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM