
Artikel
Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Perlu Contohi Ketegasan Kpn Dalam Dedahkan Isu Rasuah Sprm
Petaling Jaya, 25 November 2023 - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji kelantangan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razar...
Petaling Jaya, 25 November 2023 - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji kelantangan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dalam mendedahkan 121 anggota polis ditahan agensi ini sejak Januari lalu.
“Walaupun jumlah bilangan yang ditahan itu tidak ramai berbanding dengan jumlah keanggotaan polis, pendedahan ini menunjukkan KPN serius menegakkan isu integriti dalam kalangan anggota-anggota polis.
“Ini patut dicontohi oleh agensi-agensi lain,” katanya di sini.
Mengulas lanjut, Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam memberitahu, beliau juga ada membuat pertemuan dengan Tan Sri Razarudin pada minggu lalu.
“Dalam perbincangan tersebut, polis ingin mengukuhkan kerjasama di samping berkongsi maklumat,” jelasnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.