
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Petinju Kuda Merah Pdrm Buru Kejuaraan
Kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertaruhkan empat petinju untuk memburu gelaran pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay...
Kelab Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertaruhkan empat petinju untuk memburu gelaran pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International World Muay Thai 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur selama dua hari bermula Sabtu.
Menurutnya, dua lagi petinju ialah Koperal Mohd Amirul Ariffin atau Ban Mero dan Koperal Mohd Shalihem Mohamad atau Lihem Apollo serta atlet pelapis, Konstabel Nizam Maarof Jeoffery.
“Kami membuat persediaan rapi sejak tiga bulan lalu. Petinju-petinju sudah bersedia daripada aspek fizikal dan mental untuk berdepan lawan nanti.
“Mereka juga sudah tidak sabar untuk beraksi dan bertekad memberikan yang terbaik bagi memburu gelaran pada kejohanan tersebut,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Bagi pihak seluruh warga PDRM, kami mengucapkan selamat berjuang buat kesemua atlet Muay Thai PDRM!
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.