Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pesara Polis Sedekah Bungkusan Mangga Depan Rumah

Published: 20 May 2021 2.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Setiu, 20 Mei 2021 - Sejak 25 tahun menanam pokok mangga telur di halaman rumahnya di Kampung Pandan Jaya di Rhu 10, Penarik di sini, seorang pesara polis tidak lokek untuk berkongsi hasil buah-buahan tersebut dengan penduduk setempat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pesara-polis-sedekah-bungkusan-mangga-depan-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:14 MYT

#PKP #COVID-19

Setiu, 20 Mei 2021 - Sejak 25 tahun menanam pokok mangga telur di halaman rumahnya di Kampung Pandan Jaya di Rhu 10, Penarik di sini, seorang pesara polis tidak lokek untuk berkongsi hasil buah-buahan tersebut dengan penduduk setempat.

Khairudin Mohd. Sidek, 58, berkata, buah-buahan berkenaan lazimnya dihantar ke rumah jiran-jiran selain surau dan masjid, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendorongnya menggunakan pendekatan berbeza dalam meneruskan tradisi tersebut.

Katanya, kali ini amalan bersedekah mangga telur atau juga dikenali sebagai pauh ringan itu hanya dilakukan di rumah menerusi bungkusan-bungkusan yang diletakkan di pagar kediamannya untuk diambil orang ramai.

“Saya ada 10 pokok pauh ringan yang sentiasa mengeluarkan hasil yang banyak hingga kini tanpa mengira musim dan idea untuk meletakkan bungkusan buah di pagar rumah itu tercetus kerana PKP yang membataskan pergerakan.

“Daripada terbiar begitu sahaja sekurang-kurangnya buah yang sudah masak dan manis ini dapat diambil orang ramai yang melalui jalan di depan rumah dengan setiap bungkusan itu dianggarkan seberat dua kilogram,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Khairudin, kesemua buah yang dibungkus terlebih dahulu dibersihkan dan dibasuh bagi memudahkan orang ramai makan dan tidak menyangka perkongsiannya menerusi laman Facebook kumpulan bertanam baru-baru ini mengenai inisiatif tersebut tular hingga mendapat perhatian ramai.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person, fruit and text that says 'menanam SETIU Sejak mangga rumahnya iKampung Pandan Jaya iRhu PKP: Pesara polis sedekah bungkusan ma
ArticlePublished 20 May 2021 2.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM