Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Anggota Urb Patah Kaki Dirempuh Van

Diterbitkan: 20 May 2021 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 20 Mei 2021 - Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah kaki kiri selepas dirempuh sebuah van dipandu seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis dalam kejadian di Taman Cengal Utama, Paroi, di sini awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-anggota-urb-patah-kaki-dirempuh-van
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:46 MYT

Seremban, 20 Mei 2021 - Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) patah kaki kiri selepas dirempuh sebuah van dipandu seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis dalam kejadian di Taman Cengal Utama, Paroi, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis lelaki berusia 44 tahun yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban itu mengekori suspek, memandu dalam keadaan mencurigakan dan tidak berhenti selepas diarahkan kira-kira jam 12.40 tengah malam.

"Ketika kejadian, anggota URB itu sedang membantu unit kereta peronda polis (MPV) mengejar suspek berumur 37 tahun itu sebelum lelaki terbabit membuat pusingan U dan melanggar anggota berkenaan.

"Suspek yang memandu van jenis Nissan Vanette cuba membuat pusingan U sekali lagi dan melanggar kereta MPV sehingga mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tuan Mohd Said berkata, kenderaan suspek kemudiannya hilang kawalan sehingga melanggar tiang elektrik dan lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menjumpai sebatang kayu berukuran kira-kira 120 sentimeter (cm) yang dipasang dengan sebilah sabit berukuran 37 cm selain cukai jalan dan nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 20 May 2021 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM