Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Terima 7 000 Kamera Badan Tahun Depan

Published: 05 Jul 2023 8.21 AM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Petaling Jaya, 5 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima kira-kira 7,000 unit kamera badan dijangka seawal tahun depan untuk meningkatkan profesionalisme badan penguat kuasa itu dalam melaksanakan tugas membanteras jenayah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-terima-7-000-kamera-badan-tahun-depan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:48 MYT
Petaling Jaya, 5 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima kira-kira 7,000 unit kamera badan dijangka seawal tahun depan untuk meningkatkan profesionalisme badan penguat kuasa itu dalam melaksanakan tugas membanteras jenayah.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan berkata, proses perolehan kamera badan tersebut sedang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan PDRM.
Menurut beliau, dalam perolehan fasa pertama pada suku pertama tahun depan, kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta yang turut meliputi sistem, peralatan sokongan dan latihan terhadap penggunaan kamera badan tersebut.
Susulan itu, kata beliau, sebanyak 129 syarikat sudah menghantar tender untuk pembekalan kamera badan tersebut pada 24 Mei lalu.
“Fasa pertama kira-kira 7,000 unit kamera badan akan diterima PDRM tetapi ketika ini perolehan tersebut masih di peringkat KDN dengan kesemua tender dihantar akan dinilai KDN sebelum ke jawatankuasa penilaian PDRM untuk pemilihan.
“PDRM dijangka memperoleh kamera badan selepas sembilan bulan surat setuju terima oleh syarikat yang berjaya memperoleh tender,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 05 Jul 2023 8.21 AMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM