Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Lebih 90 000 Individu Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Dadah Dan Akta Racun Sejak Awal Tahun Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 05 Jul 2023 6.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.22 PM
Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-lebih-90-000-individu-ditahan-atas-pelbagai-kesalahan-dadah-dan-akta-racun-sejak-awal-tahun-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:29 MYT
Waragainstdrugs Posting Pilihan Lebih 90 000 Individu Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Dadah Dan Akta Racun Sejak Awal Tahun Pengarah Jsjn
Laman Utama / Artikel / Waragainstdrugs Posting Pilihan Lebih 90 000 Individu Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Dadah Dan Akta Racun Sejak Awal Tahun Pengarah Jsjn
Kembali ke Pustaka
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Lebih 90 000 Individu Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Dadah Dan Akta Racun Sejak Awal Tahun Pengarah Jsjn

Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dada...
Kuala Lumpur, 4 Julai 2023 - Seramai 92,257 individu termasuk 287 penjawat awam ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah.

Pengarah JSJN, CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah itu 298 individu termasuk empat penjawat awam ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Beliau berkata selebihnya ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983, dan 38,064 kertas siasatan telah dibuka dengan 35,058 kes telah dituduh di mahkamah.

"Dalam tempoh itu juga 185 sindiket dadah berjaya ditumpaskan dengan lapan buah makmal dadah haram dibongkar melibatkan tangkapan enam ahli kimia.

“Bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah ini, pelbagai aset sindiket dadah yang bernilai RM55.9 juta telah disita, manakala RM5.3 juta nilai harta telah dilucut hak,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook JSJN, semalam.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...


May be an image of 1 person and text that says 'SINDIKET DITUMPASKAN PRESTASI BULAN JANUARI HINGGA JUN 2023 JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK PEMBONGKARAN
ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2023 6.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.22 PM