Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Teliti Cctv Klia Imej Bagasi Juruterbang

Published: 03 Aug 2026 2.49 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta imej pengimbas bagasi susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-teliti-cctv-klia-imej-bagasi-juruterbang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
 
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta imej pengimbas bagasi susulan penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) yang didakwa menyeludup dadah ke Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sudah menerima maklumat rasmi daripada pihak berkuasa Indonesia dan membuka siasatan di Malaysia berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan tertumpu kepada usaha mengenal pasti sumber bekalan dadah, individu dipercayai mengarahkan suspek serta rangkaian sindiket yang mungkin terbabit.

"Kita akan menyiasat kemungkinan wujud rangkaian sindiket yang menggunakan penerbangan atau laluan udara untuk menyeludup dadah berkait kes ini.

"Suspek juga dilaporkan pernah melakukan kegiatan sama menggunakan modus operandi sama sebelum ini, sehubungan itu akan menyemak rakaman CCTV di KLIA dan imej pengimbas bagasi bagi membantu siasatan," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎PDRM teliti CCT KLIA, imej bagasi juruterbang peka berbati-hati melakukan penehantaran dadah ชายบา Siasa


ArticlePublished 03 Aug 2026 2.49 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM