
Article
Keratan Akhbar Pilihan Padah Lagak Superman Ketika Pulang Konvoi
Kajang, 19 Mac 2022 - Lagak sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi samseng jalanan ketika pulang berkonvoi selepas menjamu selera di Seremban, Neg...
Kajang, 19 Mac 2022 - Lagak sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi samseng jalanan ketika pulang berkonvoi selepas menjamu selera di Seremban, Negeri Sembilan, mengundang padah selepas ditahan polis di sini pada Khamis.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi 'superman', bersaing sesama sendiri, zig zag dan menundukkan badan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, kira-kira jam 2 pagi.
Katanya, sepasukan Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman kemudian berjaya menahan empat penunggang motosikal terbabit serta seorang pembonceng.
"Kesemua lelaki berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan Ianjut, Polis turut bertindak menyita empat buah motosikal jenis Yamaha 135LC dan Yamaha Y15ZR," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.