Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Orang Ramai Serbu Jualan Rahmah Dalam Balai Polis

Diterbitkan: 21 Dec 2023 4.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Manjung, 21 Disember 2023 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mencetuskan kelainan apabila menganjurkan Program Jualan Rahmah di pekarangan IPD Manjung di sini pada Rabu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-orang-ramai-serbu-jualan-rahmah-dalam-balai-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:55 MYT
Manjung, 21 Disember 2023 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mencetuskan kelainan apabila menganjurkan Program Jualan Rahmah di pekarangan IPD Manjung di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, program tersebut dicetuskan bagi membantu meringankan beban anggota dan masyarakat setempat selain mengeratkan hubungan dengan komuniti.

Menurutnya, penganjuran program berkenaan turut melibatkan ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Manjung yang membuat jualan masing-masing.
“Sebenarnya ini bukanlah pertama kali dianjurkan tetapi ia sudah diadakan beberapa kali. Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan, kita teruskan dengan kerjasama pelbagai agensi. Kita amat menghargai kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

“Melalui program ini, kita mahu hubungan polis dengan masyarakat lebih erat. Selain membeli barangan keperluan, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan keselamatan atau membuat aduan. Mereka boleh terus berjumpa saya atau pegawai yang ada di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Program Jualan Rahmah di IPD Manjung di sini, pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2023 4.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM