Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kaji Dasar Tangani Jenayah Dalam Talian Secara Komprehensif

Diterbitkan: 21 Dec 2023 2.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 21 Disember 2023 - Kerajaan melaksanakan satu kajian menyeluruh bagi membuat keputusan dasar jelas berhubung pindaan perundangan dan penggubalan undang-undang baharu untuk menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kaji-dasar-tangani-jenayah-dalam-talian-secara-komprehensif
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:53 MYT
Putrajaya, 21 Disember 2023 - Kerajaan melaksanakan satu kajian menyeluruh bagi membuat keputusan dasar jelas berhubung pindaan perundangan dan penggubalan undang-undang baharu untuk menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said berkata, kajian itu akan dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) serta Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) dengan kerjasama ahli akademik universiti tempatan.

Katanya, kajian itu juga adalah sebagai tindak balas kepada cabaran yang semakin meningkat disebabkan ancaman jenayah dalam talian.
“Kerajaan Perpaduan, melalui BHEUU dan NFCC akan menjalankan satu kajian menyeluruh termasuk kajian perbandingan dan konsultasi awam dibuat dalam tempoh tiga bulan mulai Januari 2024.

“Setakat 30 November lalu, jumlah kerugian dilaporkan adalah berjumlah RM173,339,234.73 manakala sebanyak 8,213 kertas siasatan oleh NFCC, Polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Bank Negara Malaysia dibuka termasuk pembekuan 529 akaun bernilai RM65,939,700.51,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2023 2.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM