
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Op Taring Bravo 3 Gudang Tiada Lesen Diserbu Beras Rm2 1 Juta Dirampas
Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Sebanyak 645.75 tan beras pelbagai gred, termasuk Beras Putih Import (BPI), dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas dari sebuah gu...
Kuala Lumpur, 23 Mei 2024 - Sebanyak 645.75 tan beras pelbagai gred, termasuk Beras Putih Import (BPI), dianggarkan bernilai RM2.1 juta dirampas dari sebuah gudang di Sibu, Sarawak, minggu lalu.
Rampasan dibuat menerusi serbuan bersepadu Op Taring Bravo 3 dilancarkan Kawalselia Padi Dan Beras (KPB) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA), pada 15 dan 16 Mei lalu.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati premis perniagaan terbabit tiada lesen di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).
“KPB menyita stok beras terbabit serta dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 PU (A) 624.
“Siasatan turut dijalankan terhadap syarikat terbabit, sama ada terbabit dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi, iaitu BPI,” menurut kenyataan berkenaan.
Menurut KPKM, penyelewengan barang bersubsidi adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang membawa kerugian kepada negara, sekali gus menyebabkan rakyat tidak dapat membeli barangan itu.
“KPB sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan negara iaitu MCBA, PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Kerjasama itu dalam mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi mengekang cubaan menyeleweng BPI di Sabah dan Sarawak. la termasuk cubaan membawa keluar beras terbabit dari sempadan negara.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.