Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Samseng Jalanan Polis Patah Jari Kaki Akibat Dilenyek Mat Rempit

Published: 03 Nov 2020 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Butterworth, 2 November 2020 - Anggota polis cedera ketika menahan remaja lelaki yang cuba melarikan diri dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), dekat Bagan Ajam, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-samseng-jalanan-polis-patah-jari-kaki-akibat-dilenyek-mat-rempit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT

Butterworth, 2 November 2020 - Anggota polis cedera ketika menahan remaja lelaki yang cuba melarikan diri dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), dekat Bagan Ajam, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam, anggota berusia 32 tahun itu patah ibu jari kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Tuan Noorzainy Mohd Noor berkata, sebelum itu anggotanya melihat suspek berusia 19 tahun dan dua rakannya menunggang motosikal dengan aksi berbahaya.

"Anggota menghampiri suspek dan mengarahkannya berhenti di stesen minyak berdekatan, malah dia juga sempat memegang baju remaja itu di bahagian kiri.

"Suspek cuba melarikan diri dengan memulas kawalan pendikit minyak menyebabkan motosikalnya berpusing dan tayar belakang terkena kaki anggota.

"Jari kaki anggota patah, tetapi suspek berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

ACP Tuan Noorzainy berkata, pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: text
ArticlePublished 03 Nov 2020 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM