
Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Buat Pendakwah Ustaz Ebit Liew Sudi Santuni Waris Pdrm Yang Terlibat Kemalangan Di Johor Bahru
Johor Bahru, 3 November 2020 - Tersentuh hati dengan kemalangan membabitkan dua anggota polis dengan seorang daripadanya maut di Kampung Kangkar Tebrau, dekat sini, awal pagi kelmarin, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengunjungi waris kedua-dua mangsa, malam kelmarin.
Ustaz Ebit dalam hantaran di laman Facebooknya malam kelmarin, berkata beliau mengunjungi keluarga mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, selain menziarahi keluarga Lans Koperal Mohamad Fadhirul Musa, 32, di hospital.
"Sayu sangat hati hari ini, perginya seorang pejuang anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Unggat dan Lans Koperal Mohamad Fadhirul Musa, yang cedera parah.
"Mereka kemalangan ketika mengejar penjenayah. Pejuang menjaga keamanan negara," katanya.
Ustaz Ebit berkata, lebih mengharukan apabila kunjungannya itu disambut Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay "Semua anggota polis dan keluarga ramai di sini. Mereka semua berkhidmat walau dah malam. Kerja polis 24 jam. Kuatnya mereka," katanya.
Sumber: Berita Harian Online