Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Libas Pga Rampas 50 Tan Balak Pelbagai Spesies Kayu Dan Jentera

Diterbitkan: 28 Jul 2021 2.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sibu, 28 Julai 2021 - Sebanyak 50 tan kayu balak pelbagai spesies dan saiz dirampas sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu dalam serbuan di kawasan hutan daerah Selangau, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-libas-pga-rampas-50-tan-balak-pelbagai-spesies-kayu-dan-jentera
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:41 MYT

Sibu, 28 Julai 2021 - Sebanyak 50 tan kayu balak pelbagai spesies dan saiz dirampas sepasukan polis dari Cawangan Risik Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu dalam serbuan di kawasan hutan daerah Selangau, kelmarin.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Tuan Saini Bongkek dalam kenyataan semalam berkata, serbuan dijalankan pasukan PGA dalam Op Libas pada jam 4.20 petang itu menemukan longgokan kayu balak 50 tan.

"Turut ditahan lelaki tempatan berusia 55 tahun dipercayai penjaga kawasan pembalakan itu.

"Hasil semakan yang dijalankan mendapati kawasan penebangan kayu balak itu berada di luar kawasan berlesen sebagaimana yang dibenarkan Jabatan Hutan Sarawak ujar beliau.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.45 juta termasuk sebuah jentolak dan jengkaut yang dipercayai digunakan bagi mengheret serta mengeluarkan kayu balak dari kawasan hutan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of outdoors, tree and text

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2021 2.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM