Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Enam Mangsa Jenayah Seksual Sehari

Diterbitkan: 28 Jul 2021 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Julai 2021 - Bilangan angka menakutkan apabila dianggarkan seramai enam kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa jenayah seksual setiap hari di negara ini sejak tiga tahun lalu. Malah golongan remaja serta kanak-kanak lelaki tidak terkecuali menjadi mangsa utama jenayah jijik ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-enam-mangsa-jenayah-seksual-sehari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:04 MYT

Kuala Lumpur, 28 Julai 2021 - Bilangan angka menakutkan apabila dianggarkan seramai enam kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa jenayah seksual setiap hari di negara ini sejak tiga tahun lalu. Malah golongan remaja serta kanak-kanak lelaki tidak terkecuali menjadi mangsa utama jenayah jijik ini.

Statistik diperoleh itu berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia yang merekodkan sebanyak 6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bagi tempoh tiga tahun antara 2018 hingga 2020.

Data polis mendapati pelbagai aplikasi media sosial digunakan remaja serta kanak-kanak antaranya WhatsApp, WeChat, Instagram, Facebook, MiChat, Telegram, Bigo, Messenger, BeeTalk, TikTok dan Twitter menyumbang kepada perlakuan jenayah seksual ini.

Daripada jumlah itu, 3,324 kes membabitkan jenayah rogol, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (2,483 kes), sumbang mahram (708 kes), rogol berkumpulan (175 kes), seks luar tabii (120 kes), pornografi kanak-kanak (54 kes), pengantunan kanak-kanak (25 kes) dan cabul kehormatan (8 kes).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menerima 2,010 kes jenayah seksual membabitkan kedua-dua golongan itu pada 2018, manakala 2,297 kes direkodkan pada 2019 dan 2,590 kes pada tahun lalu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2021 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM