Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Helikopter Pdrm Kesan Penyeludup Ketum Di Sempadan Negara

Diterbitkan: 28 Jul 2021 3.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Kayu Hitam, 28 Julai 2021 – Rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) menggunakan helikopter di sempadan darat Malaysia-Thailand di negeri ini dan Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara jiran dekat Padang Besar, Perlis pada semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-helikopter-pdrm-kesan-penyeludup-ketum-di-sempadan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:17 MYT

#OP_BENTENG

Bukit Kayu Hitam, 28 Julai 2021 – Rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) menggunakan helikopter di sempadan darat Malaysia-Thailand di negeri ini dan Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup daun ketum ke negara jiran dekat Padang Besar, Perlis pada semalam.

Tinjauan udara Op Benteng COVID- 19 menggunakan helikopter AW139 itu mengesan beberapa objek berwarna putih di tepi kawasan berbukit yang merupakan lorong tikus kegiatan penyeludupan di Felcra Lubuk Sireh kira-kira pukul 3.30 petang.

Rondaan tersebut diketuai Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Perak, Superintendan Azhar Hashim bersama juruterbang helikopter PGU Polis Diraja Malaysia Pangkalan Semenanjung, Superintendan Muhamad Jefri Jaafar.

Menurut Superintendan Azhar, pihaknya kemudian mengarahkan sepasukan anggota tindak cepat PGA untuk mengesan dan menggeledah kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui sebanyak lima guni putih mengandungi 150 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM4,500 yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.

“Lokasi penemuan daun ketum terletak berhampiran jalan keselamatan negara iaitu hanya kira-kira 15 meter dari tembok sempadan Malaysia-Thailand,” katanya.

Kata beliau, kesemua lima guni berisi daun ketum itu dipercayai dibawa penyeludup ke lokasi berkenaan menggunakan motosikal atau kenderaan pacuan empat roda menerusi lorong tikus sebelum dipercayai akan dicampakkan ke negara jiran tersebut melalui tembok sempadan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of outdoors and text that says 'Penyangak campak 150kg daun ketum sebelum melarikan diri masuk hutan Helikopter kesan penyeludup ketum Oleh

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2021 3.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM