Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Cantas Khas Polis Selangor Cekup 550 Ahli Gengster

Published: 10 Apr 2021 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 10 April 2021 - Polis Selangor telah memberkas seramai 550 individu yang didapati menyertai kumpulan kongsi gelap di seluruh negeri ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-cantas-khas-polis-selangor-cekup-550-ahli-gengster
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:25 MYT
Shah Alam, 10 April 2021 - Polis Selangor telah memberkas seramai 550 individu yang didapati menyertai kumpulan kongsi gelap di seluruh negeri ini.

Berdasarkan statistik bermula 2019 hingga bulan lalu itu, mereka terdiri daripada 12 kumpulan yang aktif antaranya Geng 21, Geng 08, Geng 24, Geng 36 dan Ang Soon Thong.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata, semua suspek yang ditahan pihaknya menerusi Op Cantas Khas berusia 20 hingga 40-an.

"Daripada jumlah itu, seramai 191 individu turut dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

"Kesalahan itu antaranya membabitkan jenayah kekerasan, kongsi gelap, jenayah harta benda, perjudian, maksiat dan penyeludupan migran," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Menurut beliau, sebanyak 175 kes jenayah gengsterisme direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of one or more people, beard and text
 
 
ArticlePublished 10 Apr 2021 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM