Artikel
Artikel Pilihan Rakaman Audio Tular Ahmad Zahid Anwar Akan Dipanggil Beri Keterangan Kpn
Klang, 10 April 2021 - Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil bagi...
Klang, 10 April 2021 - Presiden UMNO, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil bagi merakam keterangan berhubung isu rakaman audio perbualan telefon yang tular.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan berkaitan perkara tersebut.
"Produser operasi standard (SOP) tindakan yang kita akan ambil berdasarkan sesebuah kes adalah pegawai penyiasat akan panggil individu terlibat untuk merakam keterangan, itu proses siasatan.
"Kedua, pihak Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid dan Dato' Seri Anwar sekiranya merasakan diri teraniaya, mereka boleh tampil membuat aduan supaya polis lakukan siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Tapak Padang Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada Sabtu.
Sumber: Abdul Hamid Bador dan Sinar Harian
