Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Tiger Platoon Benteng Sempadan Malaysia Thailand

Published: 11 Nov 2020 5.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bahang panas matahari umpama 'sauna’ semula jadi sudah biasa bagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari unit Tiger Platoon ketika melakukan Ronda Jalan Kaki (RJK) di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-tiger-platoon-benteng-sempadan-malaysia-thailand
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG

Bahang panas matahari umpama 'sauna’ semula jadi sudah biasa bagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dari unit Tiger Platoon ketika melakukan Ronda Jalan Kaki (RJK) di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Malah hujan ibarat 'titisan' embun pagi yang mampu meredakan 'tekanan' ketika menjalankan tugas dalam Op Wawasan dan Op Benteng Covid-19 kawasan tanggungjawab bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Rantau Panjang.

Berbekalkan cogan kata 'Berani, Cekal dan Setia' anggota Tiger Platoon tetap tidak berganjak daripada menggalas tanggungjawab.

Setiap hari, Tiger Platoon melakukan RJK di sepanjang kawasan operasi sejauh 41.8 kilometer (km) dengan meredah kawasan semak-samun dan belukar di sempadan Malaysia-Thailand dengan menyelusuri tebing Sungai Golok.

RJK menjadi 'senjata' baharu PGA di bawah Briged Tenggara dalam usaha mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan di negeri ini.

Kehadiran skuad Tiger Platoon yang merupakan pasukan khas di bawah kendalian PGA itu dilihat mula menunjukkan impak positif dalam membanteras jenayah rentas sempadan menggunakan lorong-lorong 'tikus'.

Ini dibuktikan menerusi kejayaan rampasan serta tangkapan sepanjang melaksanakan penugasan Op Wawasan Kelantan dan Op Benteng Covid-19.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Tiger Platoon Benteng Sempadan Malaysia Thailand
Image may contain: 1 person, text that says 'Tiger Platoon PGA Batalion TIGER PLATOON > melakukan penugasan Op Benteng Covid-19. ketika berlakunya dicet
ArticlePublished 11 Nov 2020 5.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM