Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Penghargaan Orang Awam Buat Frontliners

Diterbitkan: 11 Nov 2020 4.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Alor Gajah, 11 November 2020 – “Ini sahaja yang saya boleh bantu, kalau nak ditugaskan seperti mereka memang saya tidak mampu,” kata Rosman Mohd Zin, 59 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-penghargaan-orang-awam-buat-frontliners
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:06 MYT

#PKPB #COVID-19

Alor Gajah, 11 November 2020 – “Ini sahaja yang saya boleh bantu, kalau nak ditugaskan seperti mereka memang saya tidak mampu,” kata Rosman Mohd Zin, 59 tahun.

Rosman ditemui Kosmo! selepas dilihat tiba-tiba turun dari keretanya untuk mengagihkan beberapa plastik minuman dan makanan kepada pegawai dan anggota yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Simpang Ampat di sini semalam.

Katanya, pemberian itu sebagai tanda berterima kasih kepada mereka yang sanggup bertugas di bawah terik matahari dan berhujan basah semata-mata ingin memastikan keselamatan serta kesihatan rakyat terjamin.

“Saya pernah melihat anggota polis dan askar yang ditugaskan menjaga SJR berbasah kuyup dalam hujan, terus saya rasa sayu dan simpati kepada mereka.

“Mereka bersusah payah demi kita (rakyat) malah sanggup mengorbankan kesihatan diri untuk memastikan rantaian penularan COVID-19 ini dapat diputuskan,” katanya.

Mengulas lanjut, Rosman berkata, walaupun tugas tersebut sememangnya adalah tanggungjawab pasukan barisan hadapan itu, namun ia perlu dihargai dan sewajarnya dinilaikan setiap pihak.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pejuang-pejuang barisan hadapan yang berusaha keras membendung penularan wabak ini dan semoga terus berkhidmat dengan penuh komited dalam tempoh sukar ini,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Artikel Pilihan Penghargaan Orang Awam Buat Frontliners
https://www.kosmo.com.my/2020/11/11/ini-sahaja-yang-saya-boleh-bantu/?
ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2020 4.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM